Saturday, 31 August 2019

PENGENALAN ASAS BOTANI

Apa itu Botani?


  •        Botani ialah kajian saintifik untuk hidupan tumbuhan. Sebagai satu cabang biologi, botani kadang kala dirujuk sebagai sains tumbuhan atau biologi tumbuhan. Botani merangkumi berbagai-bagai disiplin saintifik yang mengkaji struktur,pertumbuhan,pembiakan,metabolisme,perkembangan,penyakit, ekologi dan evolusi tumbuhan.
  •         Sebagaimana dengan bentuk-bentuk hidup yang lain dalam bidang biologi, kehidupan tumbuh-tumbuhan dapat dikaji dari berbagai-bagai sudut pandangan, dari peringkat biologi molekul, genetik dan biokimia sehingga organel, sel, tisu, organ, individu, populasi tumbuhan dan kepelbagaian biologi tumbuhan. Pada setiap peringkat itu seseorang botani mungkin akan melibatkan diri dalam pengelasan (taksonomi), struktur (anatomi), atau fungsi (fisiologi) kehidupan tumbuhan.



PENGERTIAN RINGKAS MENGENAI KAJIAN BOTANI MORFOLOGI




  1. Morfologi Tumbuhan
  • Morfologi tumbuhan adalah ilmu yang mengkaji berbagai morfologi tumbuhan, baik bahagian, bentuk mahupun fungsinya. Ini berbeza dengan anatomi tumbuhan, yang merupakan kajian mengenai struktur dalaman tumbuhan. Kajian evolusi dan perkembangan daun, akar dan batang dilakukan oleh ahli morfologi. Ciri-ciri morfologi tumbuhan dijadikan asas penting dalam pencirian varieti tumbuhan terutamanya untuk tanaman makanan.

      2. Anatomi Tumbuhan

  • Anatomi tumbuhan adalah ilmu yang mangkaji bentuk dan binaan struktur fizikal tumbuhan.
  • Bidang ini adalah kajian  yang berkaitan tentang  struktur mikroskopik tumbuhan sel dan tisu.

      3. Fisiologi Tumbuhan 

  • Fisiologi tumbuhan melibatkan kajian tentang fungsi dan pemprosesan utama tumbuhan. Sebagai contoh, Proses Fotosintesis dimana melibatkan daun tumbuhan , cahaya matahari, oksigen dan zat galian yang menghasilkan tenaga dan makanan adalah subjek yang antaranya dikaji.

      4. Taksonomi Tumbuhan



  • Taksonomi tumbuhan pula ialah bahagian sistematik tumbuhan yang membincangkan kajian mengenai pengelasan, termasuk dasar- dasarnya, prinsipnya, tatacaranya dan peraturannya.
       
      5. Genetik Tumbuhan

  • Genetik tumbuhan ialah variasi dan asal usulnya tumbuhan itu. Pengkajian gen dan fungsinya dalam tumbuhan dilakukan oleh ahli genetik.
  • Genetik juga merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam kesemua makhluk hidup, samada manusia mahupun bakteria.
  • Dalam organisma hidup, maklumat genetik disimpan dalam kromosom yang dibentuk daripada molekul DNA dan sejenis protein yang dikenali sebagai histon. Maklumat genetik perlu berinteraksi bersama factor luaran yang lain seperti permakanan dan persekitaran untuk menentukan faktor fizikal dan perlakuan organisma secara keseluruhan.

      6. Ekologi Tumbuhan

  • Ekologi tumbuhan adalah antara perhubungan tumbuhan dengan persekitaran baik secara individu ataupun berkelompok.
  • Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisma itu sendiri.



STRUKTUR ASAS TUMBUHAN BERBUNGA